Pages

kalah dalam peperangan :'(

Jika kau turun ke medan dakwah, tanpa hati membawa Allah, kau akan mudah lemah. Kau akan tersungkur dengan tohmah. Kau akan rebah dengan fitnah. Hari ini juga, binalah hubungan dengan-Nya. Dekati surat cinta-Nya. Damailah dalam pelukan sujud di hadapan-Nya. Yakinlah, Dia Maha Pembela!
ya Allah,,aku hampir kalah dlm peperangan, aku hampir lakukan lg kesilapan, walaupun aku cuba menjauhinya, tp aku tak berdaya  oleh itu, hanya satu ku pinta ya Allah.... Ampunkan aku ya Rabbi... =') Aamiin

~ muhasabah cinta~ :'(




Entri kali ni, mungkin kesedihan yang tak dapat nak dibendung lagi... hati seorang mawar yang tidak sekuat mujahidah mawar lain..mawar yang memerlukan kekuatan semangat ... kali ke dua jatuh, mampu ke mawar ni bangun kembali?mampu ke gapai solehah kembali?? Allah.... :'( 
Allah sengaja temukan kita dengan orang yang beriman, supaya kita ikut... tapi kalau Allah temukan kita dengan orang yang salah?..apa yang kita kena buat?? .. janganlah salahkan sesiapa, salahnya pada diri kita, Allah temukan kita dengan orang yang salah untuk kita perbaiki diri, untuk kita jahit kembali sejadah IMAN kita... :'(
..Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita..Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA...Percayalah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..... 
akhi dan ukhti sekalian, mawar yang menulis setiap entri dalam blog ini, bukanlah yang terbaik, malah jauh lebih hina dari kalian..
... cuma mawar ini mohon doa supaya dikuatkan hati untuk terus mawar ni bekembang dengan lebih harum di syurga Ilahi... Allah :'(
pesan pada diriku dan sahabat , andai syurga yang dicari, pandangannya seluas mata memandang, andai keampunan yang dipinta , pintunya sentiasa terbuka , janganlah bersedih wahai mawar, kerana jika cahaya Ilahi yang dipinta, kuatkan IMAN dan TAQWA .. inshaAllah... :'(

:::HAKIKAT BAHAGIA:::