Pages

bercuti bersama sahabat ^_^

 Cuti midsem di unisza aritu selama seminggu....dalam hati yg sedih teringatkan ibu ayah dan adik2.. kawan2 lah yg menghiburkan hati.. :) seoorang sahabat yang mengajak kami berkelah..eh, berkelah ke kalau kat swimiing pool.. hehe.. tempat tetutup dont worry muslimah2 semua.. hehe .. tp sayangnya saya x join sekali sebab segan nak pakai "swimming suit" tu.. tengok je la... lepas tu kami pergi pantai batu buruk, makan2, mmg sedap...^_^ thanx pd siapa yg masak tu.. maaf saya x tolong, tertidur... hehe... minta halal deh sayang2 semua... ^_^ ..ops... lupa pulak nak bagi tau kami naik MPV pulak tu... memang seronok pergi ramai2.. :)








sahabat maafkan andai ada tersilap kata dalam kita menjalinkan ukhwah ini... :')

biar diri berjauhan asal hati diikat nur kecintaan , padamu teman kuukir kalam kenangan , secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan, suka duka, tawa hiba, gembira kecewa, adalah asam garam perjuangan, dari kejauhan kupohon moga dirimu diberkati Tuhan.. salam sayang kerana Allah wahai sahabat fillah ana :')

:( SaKaRaTuL maUT


bila masa ku??? :'( Allah, besediakan aku???


Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar”.

Terjemahan Surah Al-Anfal, ayat ke 50.
……….

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.

Terjemahan Surah Al-An’am, ayat ke 93.
……….

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". 
(H.. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan. 

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail, 
"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.
Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. 

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).
"SubhanAllah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: 


"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.
Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.
"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah. Aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s
"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.

Tanpa seizin Allah. Aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.
"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.
"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Kesyahidan Hazrat Anas bin Nadhir

Hazrat Anas bin Nadir ra . ialah seorang yg tidak dapat menyertai peperangan Badar . Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya dengan berkata " Badar ialah peperangan yg pertama dan agung dalam islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu ".
Beliau bercita2 sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya . secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian . dalam peperangan uhud, orang islam telah menang pada permulaan perang itu . tetapi akibat satu kesilapan, orang islam akhirnya kalah . kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah SAW telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yg tertentu dan bersabda "selagi saya tidak beri arahan , kamu jgn tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu "
orang2 islam telah menang pada mulanya . kemudian apabila tentera2 yg berada di atas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu, dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. oleh sebab itu , mereka berlari2 mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan . ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata " ini ialah larangan Rasulullah SAW, kamu jangan tinggalkan tempat ini"
walau bagaimanapun, mereka menyangka perintah Rasullullah hanya pada waktu pertempuran sahaja. oleh itu mereka turun dari tempat tersebut menuju ke medan . semasa melarikan diri , orang kafir ternampak yg bukit itu dibiarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut dan memebuat serangan . pada ketika itu orang islam berada dalam keadaan leka . tanpa disedari orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang islam rasa tertekan . tambahan pula , orang islam berada di tengah2 orang kafir yg menyerang dari kedua2 arah . oleh sebab itu mereka lari tidak tentu hala.
Hazrat Anas ra ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa'ad bin Ma'az ra datang dari arah hadapan . beliau berkata " wahai Sa'ad , kemana engkau hendak pergi? Demi Allah keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud "
setelah berkata demikian , beliau menyerbu ke arah kumpulan orang kafir dengan pedang yg masih terhunus di tangan . selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang . setelah gugur syahid , didapati badannya telah cedera parah . terdapat lebih dari 80 liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah . saudara perempuan beliau sahaja yg dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau .

(org yg terlibat dgn kerja2 Allah dgn ikhlas dan keinginan  sejati akn dpt merasai kelazatan syurga didunia ini lg)


:::HAKIKAT BAHAGIA:::