Pages

Kesyahidan Hazrat Anas bin Nadhir

Hazrat Anas bin Nadir ra . ialah seorang yg tidak dapat menyertai peperangan Badar . Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya dengan berkata " Badar ialah peperangan yg pertama dan agung dalam islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu ".
Beliau bercita2 sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya . secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian . dalam peperangan uhud, orang islam telah menang pada permulaan perang itu . tetapi akibat satu kesilapan, orang islam akhirnya kalah . kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah SAW telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yg tertentu dan bersabda "selagi saya tidak beri arahan , kamu jgn tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu "
orang2 islam telah menang pada mulanya . kemudian apabila tentera2 yg berada di atas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu, dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. oleh sebab itu , mereka berlari2 mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan . ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata " ini ialah larangan Rasulullah SAW, kamu jangan tinggalkan tempat ini"
walau bagaimanapun, mereka menyangka perintah Rasullullah hanya pada waktu pertempuran sahaja. oleh itu mereka turun dari tempat tersebut menuju ke medan . semasa melarikan diri , orang kafir ternampak yg bukit itu dibiarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut dan memebuat serangan . pada ketika itu orang islam berada dalam keadaan leka . tanpa disedari orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang islam rasa tertekan . tambahan pula , orang islam berada di tengah2 orang kafir yg menyerang dari kedua2 arah . oleh sebab itu mereka lari tidak tentu hala.
Hazrat Anas ra ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa'ad bin Ma'az ra datang dari arah hadapan . beliau berkata " wahai Sa'ad , kemana engkau hendak pergi? Demi Allah keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud "
setelah berkata demikian , beliau menyerbu ke arah kumpulan orang kafir dengan pedang yg masih terhunus di tangan . selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang . setelah gugur syahid , didapati badannya telah cedera parah . terdapat lebih dari 80 liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah . saudara perempuan beliau sahaja yg dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau .

(org yg terlibat dgn kerja2 Allah dgn ikhlas dan keinginan  sejati akn dpt merasai kelazatan syurga didunia ini lg)


0 comments:

Post a Comment

:::HAKIKAT BAHAGIA:::