Pages

~cinta dakwah dan ukhwah~



dakwah??..majoriti semua tahu kan.. :) dakwah ni mengajak orang buat kebaikan dan tinggalkan laranganNya..^_^ <pandai pun> hehe

macam ustazah ana kata, dakwah tak semestinya kena bagi ceramah, tazkirah...even pakaian kita tu pun dah boleh menunjukkan dakwah kepada orang lain..<bagi yang menutup aurat la> ^_^ .. si A : "eh, kawan kita lah, npe dia pakai macam tu, islam kan suruh menutup aurat"
si B: " jom kita nasihatkan dia, kita kan sayangkan kawan kita tu, xmaula dia dapat dosa" 
<nampak x kita sayangkan ukhwah kita kerana Allah, sama2 nak masuk syurga Allah>

ana pegang kata2 ustazah ana :

"biar orang pandang kita dia ingat Allah" jadi..fikir balik, pandang diri kita semula macam mana kehidupan islam yang kita jalankan dalam kehidupan harian kita... :) bereh dop?? renung balik deh...

kat sini ana nak pesan buat semua sahabat yang ana sayang kerana ALLAH...


"orang yang hidup dibawah naungan dan cinta ukhwah kerana Allah merasa tenang dan bahagia yang tidak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana sayangkan dunia. sesungguhnya seseorang itu apabila dia berjalan di atas dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya, setiap pahala yang diperolehi sepanjang perjalanan pasti terbias juga buat saudaranya" 


~cinta yang berlandaskan suci tidak pernah memungkiri janji~
^_^

ALLAHU AKBAR !!! SAVE AQSA

::: Satukan hatiku dengan hatinya :::



Ya Allah....
Pertemukanlah kami.....
Jadikanlah pertemuan kami pertemuan yang engkau Ridhoi....
Pertemukan kami di dalam pernikahan.....
Jadikan Cinta kami cinta yang halal....

Ya Allah....
Pertemukanlah kami dalam ikatan yang halal....
Satukanlah hati kami karenaMu....

Ya Allah....
Mudahkanlah jalan kami.....
Mudahkanlah urusan kami ini.....
Janganlah biarkan kami jatuh dalam jurang maksiat.......

Ya Allah.....
Hadirkan Kebahagiaan dalam pertemuan kami....
Jadikan Cinta kami abadi sampai ke JannahMu.....
Karuniakan kami Cinta karenaMu.....

Ya Allah...
Sempurnakanlah separuh iman kami.....
dan akan kami sempurnakan separuhnya lagi dengan Taqwa kepadaMu......

Ya Allah....
Sampaikan Doaku ini padamya....
Agar ia merasa tenang.....
Agar ia menjaga dirinya untukku.....

Ya Allah.....
ku tau Engkau maha melihat.....
dah Engkau selalu memberikan yang terbaik untuk hambanya....

Ya Allah.....
Hamba ridho atas segala ketetapanMu...
Hamba yakin, Engkau tak akan mengingkari janjiMu.....

Ya Allah....
Karena-Mu kami akan bertemu.....

Ya Allah....
Hamba serahkan segala urusanku padaMu....

(¯`v´¯)♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥ (¯`v´¯)
`•.¸.•`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`•.¸.•`
...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•´


Secantik-cantik seseorang adalah akhlaknya. Secantik-cantik agama adalah islam. Secantik-cantik pakaian adalah taqwa.



 " YA Allah , izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat , pada waktu yang tepat ..kerana hati aku cuma satu , hanya kepada dia yang halal buatku .. " 


Ya Allah! Jika aku jatuh cinta,janganlah cintaku melebihi cintaku untukMu.Jika aku rindu,janganlah kiranya rinduku melebihi kepada kekasihMu Rasulullah. 
Jika aku punya rasa kasih dan sayang pada jodohku nanti ya Allah,janganlah rasa kasih dan sayang aku melebihi pada kedua ibu dan bapaku.

Amin Ya Allah !

Soutul Nisa'

Seorang sahabat yang ada sifat perjuangan yang tinggi..tak putus-putus menasihati ana yang berjiwa lemah ni..tapi sekarang sahabat tu dah berpindah ke kolej lain..mula2 terfikir juga "ya ALLAH, siapa lagi yang mampu bantu diri ni??..." Pagi tu ana buka mata, ada satu mesej dari sahabat ana tu "atin, ilya pergi dulu, maaf tak sempat jumpa, nanti ada apa2 ilya contaq atin" masa tu ya Allah...sayang ana pada sahabat makin terasa...betul cakap orang bila dah tiada baru terasa..

kata2 dari sahabat ana : tentang sebuah cinta...dengan coretan sedikit ni ana harap semua mujahid dan mujahidah berfikir sejenak CINTA mana yang patut kita dahulukan dulu..dan ana ambil dari kata2 seorang mujahid ni "aku ingin mencari cinta ALLAH dahulu drpd cintamu"..ana setuju sangat2..:)

" atin, sahabat yang ilya sayang, ketahuilah sayang ilya pada atin hanya kerana Allah. lama sudah ilya nk tegur isi hatimu, namun ilya pendamkan jua, mencari waktu yang sesuai. sebelum atin buka sampul surat itu dengarlah luahan hati ilya

atin..tidak salah menyayangi seorang lelaki kerana itu fitrah.namun bila fitrah itu disalah guna jadilah ia fitnah. fitnah itu ada bermacam2 jenis, salah satunya adalah zina,



zina itu dilaknat oleh Allah, zina pula bermacam-macam jenis zina. zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal orang yang kita rasa cintai, dan ajnabi bagi kita. zina tangan, apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata2 cinta untuk sidia juga dianggap zina tangan. zina mata, apabila kita selalu memandangnya, bahkan menjelingnya. Nauzubillah

atin, sahabat ilya..cinta yang sebenar2 sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul.. ilya nak ajak sama2 mencari cinta Allah yang tidak pernah mengecewakan, cinta Allah selama2nya abadi"

sejak dari tu...ana tekad,
"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. hati ini masih belum benar2 mencinta Ilahi, aku tak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi"

pernah seorang lelaki bercakap pada ana disetiap sujudnya," air matanya menitis, setiap hari terbayang gadis solehah bertudung labuh, berpurdah yang menemani dirinya, sesalan khilafnya "... jawapan ana "biarlah enta dan dia sama2 berdoa, kalau ada jodoh tidak kemana" ...

Allah...sekarang diri ana pula Allah campakkan ujian hati terhadap seorang "lelaki" yang idaman setiap wanita solehah...hanya pada Allah ana mengadu..."ya Allah jagakan dia untukku dan kuatkan hatiku untuk terus dengan cintaMu hingga akhir hayatku" :)

sahabat:
<ketenangan hati itu akan hadir bila diri kamu dekat dengan Allah, dan keresahan itu akan hadir jika diri kamu jauh dengan Allah>  :)

Kerana Aku SAYANG Kamu kerana ALLAH...


Diam ku tak bererti aku membenarkan
bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
bisingku tidak beerti aku menyalahkan
bukan juga melukakan
tapi kerana aku MENYAYANGIMU
maka aku cuba sedaya upaya yang termampu
menarikmu bersama mencari keredhaanNya
di bumi yang terbentang luas ini
kerana sayangku padamu
maka aku cuba...dan terus mencuba!
aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan pulang
Aku akan..! Itu janjiku..!
tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
terguris dengan tindakanmu
terguris dengan janji palsumu untuk bersama2ku mencari cahaya
dan hati ini tiba2 timbul rasa BENCI
benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
namun tiba2 aku SEDAR
andai aku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
aku sama saja sepertimu
andai aku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
PASTI si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahidah ini
andai aku biarkan janjiku terkubur bersama amarahku
PASTI, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
MENGAPA AKU BIARKAN KAU DALAM KEGELAPAN???
aku tidak mahu berjumpa pemilik cahaya itu keseorangan
TAK MAHU..!!
Kerana aku sayang kamu
walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
akan terus mencuba
KERANA AKU SAYANG KAMU..SAHABATKU.. :)

" sekeping HATI "

Dulu, HATI seorang mawar ni pernah dijentik, pernah diuji, seorang yang digelar ar-rijal..tapi sampai bila?? mampu ke si dia turut jaga IMAN ana ni dengan tiada kaitan apa2??.. wahai sahabat seperjuangan, wahai srikandi2 mujahidah, wahai muslimat yang ALLAH sentiasa lindungi...mana haraga diri kita??

" Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya, walaupun hatinya...kerana ALLAH teramat mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, DIMANA ALLAH UNTUK MENJAGA KITA??? :'( Allah.....ALLAH seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita....

Ini yang seorang mawar ni alami..tapi Allah tu sayangkan hambanya, masih terdetik di hati ana ni nak menjadi seorang mawar yang sentiasa mekar buat ZAUJ yang dah tertulis..dimana kamu?? maafkan diri ini...tapi mawar ni tetap mencari dan sedar tentang cinta yang hakiki dan abadi...Alhamdulillah


muslimat,
"Andai ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA, mengapa masih ragu2?? kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan.."Sebesar2 dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya" -imam ghazali-


Andai ada jodoh antara kita, tinggi mana pun enta terbang, jauh mana pun ana pergi..

"CINTA YANG SUCI ITU TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJI"

<sama2 kirim doa> :') wasalam...

SaHaBaT...!!! sem 3 rehlah lata belatan

ya Allah,
tika kau hadiahkanku sahabat
Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku
Tika Kau hadiahkanku sahabat
Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku meniup semangat juangku
Saling memikul beban dakwahmu
Tika Kau hadiahkanku sahabat
Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu
Teguhnya atas cinta padaMu
Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu
ya Allah
Bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu
Moga sentiasa dalam redha ALLAH...

 Suasana lata belatan dengan rakan2,,,bersama, Athirah, atikah, asyiqin, najihah, kak bunga, farah wahida dan ana sendiri fatin hazwani...^_^ so sweet....moga ukhwah kita dalam redha Allah, sama2 kita ingat mengingati dan berjuang menegakkan agama Allah ni....bitaufiq wanajah sahabat2 ana dalam jihad kita menuntut ilmu ni...ana sayang kawan2..^_^


Sebelum pergi rehlah lata belatan....seronok dapat eratkan ukhwah dengan rakan-rakan...^_^ di blok fatimah yang kami sayangi ni..hehe

YA ALLAH....

Ya Allah,
Kau peliharalah saudaraku sepanjang hidupnya,
Jadikan setiap langkahnya, langkah yang Engkau aturkan,
Jadikan setiap bicaranya yang membawa manusia mengingatiMu,
Jadikan setiap degup jantungnya, degup saat sentiasa buatMu,
Jadikan pandangan matanya bersusah payah demi ilmuMu dan agamaMu,
Terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMu,
Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah,
Tetaokan imannya tidak mudah putus asa dengan setiap takdirMu,
Aamiin ya ALLAH...


Siti Fatimah R.A dan Pembantu Rumah

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu2nya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka didunia dan penghuni syurga dunia akhirat.
Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.


Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali "Fatimah lebih kucintai drpd engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia drpd dia" (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap.
Sentiasa tersenyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Saidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian...
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus lumus menguruskan kerja rumah. Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau turut menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku" bisik Fatimah pada suaminya. usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk kerumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji2 gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala meneydari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu?Semoga Allah menggembirakanmu"

Dalam nada sayu Fatimah berkata " Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan meguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai Ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan pembantu untukku?"
Baginda tersenyum dan bangun mendapatkan kisaran tepung itu...
Dengan lafaz Bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW mengehentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata2 yang masyhur, " Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita" 

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau ku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripda apa yang kau pinta itu?"
"tentu sekali ya Rasulullah" jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda:

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Satiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca "SUBHANALLAH" sepuluh kali, "ALHAMDULILLAH" sepuluh kali dan "ALLAHU AKBAR" sepuluh kali.Kemudian ketika hendak tidur baca "SUBHANALLAH" "ALHAMDULILLAH" dan "ALLAHU AKBAR" ini sebanyak 30 kali"

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada  SITI FATIMAH RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah

ITULAH HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH SWT BUAT HAMBA_HAMBA YANG HATINYA SENTIASA MENGINGATI-NYA....



CINTA BUAT AKHi...





''Akhi, Asif andai pendirian ini, Memberi tamparan hebat buat akhi. Di sini kalam ana berbunyi, Setelah terlanjur kita memasuki, Alam yang berduri, Terhinggap pada hati, Cinta yang dilarangi, Di lubang duniawi. Perjalanan ana ke sini, Bukan untuk natijah ini. Ketahuilah akhi, Diri ini bukan lemah untuk diratapi, Tapi pejuang seolah serikandi, Yang harus teguh berdiri. Beritahu ana , akhi.. Sedalam mana cinta telah bersemi, Seolah hebat mengalahkan naluri, Adakah sanggup akhi temani, Andai ana dipanggil Ilahi ? Beritahu ana , akhi.. Sekuat mana cinta telah berputik, Seolah bisa melawan detik, Adakah sanggup akhi memetik, Andai iman ana sudah tercarik ? Beritahu ana , akhi.. Setulus mana cinta kita, Seolah takdir itu milik kita, Padahal maksiat menang bertakhta, Di akhirat cuma derita, Sanggupkah akhi pergi meminta, Dosa ana untuk dibahagi rata ? Aduhai indahnya ana mengenangkan, Sebuah pertemuan, Yang diikat atas nama Tuhan, Sebuah perkenalan, Ketika sama-sama di medan perjuangan. Aduhai manisnya kenangan yang terjalin, Seolah sekeliling kita diterangi lilin, Namun tercemar diragut malin, Kerana hakikat terseksa batin. Ayuh, bangkitlah wahai mujahidku, Pergilah berdagang sampai laku, Biar penuh iman di saku, Jangan mengalah terduduk kaku. Nafikan semua antara kita, Yang berlaku hanyalah pusaka, Sebuah harta untuk menusia leka, Dari syaitan orang ketiga. Cukuplah di sini kita berbicara, Soal hati yang berduka lara, Antara kita bukan sesiapa, Melainkan cuma pertemuan biasa 


Semoga engkau menjaga imanmu akhi demi nanti menuju keluarga yang sakinah lagi diredhai :)

Allahu Akbar     (sayang ibu ayah)


:::HAKIKAT BAHAGIA:::