Pages

Soutul Nisa'

Seorang sahabat yang ada sifat perjuangan yang tinggi..tak putus-putus menasihati ana yang berjiwa lemah ni..tapi sekarang sahabat tu dah berpindah ke kolej lain..mula2 terfikir juga "ya ALLAH, siapa lagi yang mampu bantu diri ni??..." Pagi tu ana buka mata, ada satu mesej dari sahabat ana tu "atin, ilya pergi dulu, maaf tak sempat jumpa, nanti ada apa2 ilya contaq atin" masa tu ya Allah...sayang ana pada sahabat makin terasa...betul cakap orang bila dah tiada baru terasa..

kata2 dari sahabat ana : tentang sebuah cinta...dengan coretan sedikit ni ana harap semua mujahid dan mujahidah berfikir sejenak CINTA mana yang patut kita dahulukan dulu..dan ana ambil dari kata2 seorang mujahid ni "aku ingin mencari cinta ALLAH dahulu drpd cintamu"..ana setuju sangat2..:)

" atin, sahabat yang ilya sayang, ketahuilah sayang ilya pada atin hanya kerana Allah. lama sudah ilya nk tegur isi hatimu, namun ilya pendamkan jua, mencari waktu yang sesuai. sebelum atin buka sampul surat itu dengarlah luahan hati ilya

atin..tidak salah menyayangi seorang lelaki kerana itu fitrah.namun bila fitrah itu disalah guna jadilah ia fitnah. fitnah itu ada bermacam2 jenis, salah satunya adalah zina,



zina itu dilaknat oleh Allah, zina pula bermacam-macam jenis zina. zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal orang yang kita rasa cintai, dan ajnabi bagi kita. zina tangan, apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata2 cinta untuk sidia juga dianggap zina tangan. zina mata, apabila kita selalu memandangnya, bahkan menjelingnya. Nauzubillah

atin, sahabat ilya..cinta yang sebenar2 sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul.. ilya nak ajak sama2 mencari cinta Allah yang tidak pernah mengecewakan, cinta Allah selama2nya abadi"

sejak dari tu...ana tekad,
"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. hati ini masih belum benar2 mencinta Ilahi, aku tak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi"

pernah seorang lelaki bercakap pada ana disetiap sujudnya," air matanya menitis, setiap hari terbayang gadis solehah bertudung labuh, berpurdah yang menemani dirinya, sesalan khilafnya "... jawapan ana "biarlah enta dan dia sama2 berdoa, kalau ada jodoh tidak kemana" ...

Allah...sekarang diri ana pula Allah campakkan ujian hati terhadap seorang "lelaki" yang idaman setiap wanita solehah...hanya pada Allah ana mengadu..."ya Allah jagakan dia untukku dan kuatkan hatiku untuk terus dengan cintaMu hingga akhir hayatku" :)

sahabat:
<ketenangan hati itu akan hadir bila diri kamu dekat dengan Allah, dan keresahan itu akan hadir jika diri kamu jauh dengan Allah>  :)

0 comments:

Post a Comment

:::HAKIKAT BAHAGIA:::