Pages

Kerana Aku SAYANG Kamu kerana ALLAH...


Diam ku tak bererti aku membenarkan
bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
bisingku tidak beerti aku menyalahkan
bukan juga melukakan
tapi kerana aku MENYAYANGIMU
maka aku cuba sedaya upaya yang termampu
menarikmu bersama mencari keredhaanNya
di bumi yang terbentang luas ini
kerana sayangku padamu
maka aku cuba...dan terus mencuba!
aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan pulang
Aku akan..! Itu janjiku..!
tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
terguris dengan tindakanmu
terguris dengan janji palsumu untuk bersama2ku mencari cahaya
dan hati ini tiba2 timbul rasa BENCI
benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
namun tiba2 aku SEDAR
andai aku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
aku sama saja sepertimu
andai aku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
PASTI si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahidah ini
andai aku biarkan janjiku terkubur bersama amarahku
PASTI, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
MENGAPA AKU BIARKAN KAU DALAM KEGELAPAN???
aku tidak mahu berjumpa pemilik cahaya itu keseorangan
TAK MAHU..!!
Kerana aku sayang kamu
walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
akan terus mencuba
KERANA AKU SAYANG KAMU..SAHABATKU.. :)

0 comments:

Post a Comment

:::HAKIKAT BAHAGIA:::