Pages

Siti Fatimah R.A dan Pembantu Rumah

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu2nya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka didunia dan penghuni syurga dunia akhirat.
Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.


Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali "Fatimah lebih kucintai drpd engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia drpd dia" (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap.
Sentiasa tersenyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Saidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian...
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus lumus menguruskan kerja rumah. Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau turut menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku" bisik Fatimah pada suaminya. usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk kerumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji2 gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala meneydari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu?Semoga Allah menggembirakanmu"

Dalam nada sayu Fatimah berkata " Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan meguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai Ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan pembantu untukku?"
Baginda tersenyum dan bangun mendapatkan kisaran tepung itu...
Dengan lafaz Bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW mengehentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata2 yang masyhur, " Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita" 

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau ku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripda apa yang kau pinta itu?"
"tentu sekali ya Rasulullah" jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda:

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Satiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca "SUBHANALLAH" sepuluh kali, "ALHAMDULILLAH" sepuluh kali dan "ALLAHU AKBAR" sepuluh kali.Kemudian ketika hendak tidur baca "SUBHANALLAH" "ALHAMDULILLAH" dan "ALLAHU AKBAR" ini sebanyak 30 kali"

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada  SITI FATIMAH RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah

ITULAH HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH SWT BUAT HAMBA_HAMBA YANG HATINYA SENTIASA MENGINGATI-NYA....



1 comments:

Generasi x said...

Alhamdulilah.. terima kasih article yg sgt berguna

Post a Comment

:::HAKIKAT BAHAGIA:::